Tokpisin (Tok Pisin)

Tokpisin (atau Tok Pisin) ialah bahasa yang ditutur di Papau New Guinea. Bahasa ini menarik kerana ia merupakan bahasa yang mula-mula dikira sebagai bahasa pijin (pidgin). Bahasa pijin ialah bahasa mudah yang timbul daripada bahasa-bahasa asali. Ia digunakan sebagai wadah komunikasi oleh kumpulan-kumpulan yang masing-masing menggunakan bahasa berlainan.

Bahasa pijin boleh disamakan dengan "bahasa pasar" yang kerap juga didengari suatu masa dulu—"Tauke, ini berapa harga?" "Lima linggit". "Mahal sangat" "Tatak mahal lo, mulah-mulah." "Tatak kila lo, lu punya pasal, gua kasi bikin cantik-cantik".

Tokpisin sudah menjadi stabil sekarang dan ia dikira sebagai sebuah bahasa kreol (creole). Tokpisin sudah mendapat status rasmi di PNG dan ia merupakabahasa rasmi dan digunakan dalam perdebatan di parlimen negara itu.

Ia memuatkan kata yang diambil daripada bahasa-bahasa Jerman, Inggeris (terutamanya selepas Australia mentadbir wilayah itu) dan juga bahasa Melayu.

Tokpisin agak mudah dipelajari oleh penutur bahasa Inggeris kerana kebanyakan kata datang dari bahasa itu. Ejaannya boleh dikatakan sebagai "fonetik". Nahu Tokpisin amat mudah—ia banyak menggunakan kata seperti "long", "i", dan "bai" sebagai "penunjuk" maksud dalam ayat. Sebagai contoh:

  • Wanem kantri bilong yu? Apa nama negara anda?

Saya belajar bahasa ini dengan mendengar siaran radio Tokpisin yang disiarkan oleh badan siaran resmi kerajaan Australia, Australian Broadcasting Corporationatau ABC, dan membaca artikel-artikel Tokpisin (berita, kebanyakannya) di laman ABC.

Kosa kata Tokpisin masih dalam perkembangan dan cabaran utama buat saya semasa belajar bahasa ini ialah mendapatkan kosa kata yang mencukupi untuk memahaminya.

Sumber pembelajaran

Radio Tokpisin ABC: www.radioaustralia.net.au/tokpisin/

Kamus Tokpisin-Inggeris: www.tok-pisin.com/

Selamat belajar!

blogroll