Selamat datang!

Selamat datang ke tapak web saya. Di sini anda dapat melihat hasil usaha saya belajar bahasa Minangkabau, dan juga beberapa bahasa lain seperti bahasa Perancis, Tok Pisin dan juga bahasa Iban. Tapi lebih banyak bahasa Minang sebab saya ada sedikit darah Minang.

Saya sebenarnya orang Melayu yang bermastautin di Malaysia. Leluhur saya termasuk datuk yang berasal tulen dari Sumatera (Minang, urang awak) dan juga Sulawesi (Bugis).

Malangnya sedikit sukar buat saya untuk mempelajari bahasa Bugis kerana tidak terdapat banyak bahan tentang bahasa tersebut di Internet. Saya hanya dapat belajar aksara Lontara -- contoh, ᨅᨔ ᨕᨘᨁᨗ (basa Ugi), ᨕᨙᨋ (anre, makan), ᨈᨗᨋᨚ (tinro, tidur) -- dan beberapa frasa Bugis sahaja, tidak cukup untuk membolehkan saya untuk mengguna bahasa itu.

Justeru saya mengambil keputusan untuk belajar "baso Minang". Disebabkan pendedahan saya kepada bahasa-bahasa lain yang tercatat di atas, saya juga mempelajari bahasa-bahasa tersebut secara sampingan.

Tapak ini ialah hasil usaha-usaha saya mempelajari bahasa-bahasa yang telah dinyatakan di atas.

blogroll